Bersatu sedia bekerjasama dengan Pejuang

PUTRAJAYA: Bersatu bersedia mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya Pejuang serius mengenai perkara itu, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun berkata setakat ini pihak Pejuang belum menghubunginya bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Setakat ini, tiada pihak berhubung dengan saya tentang soal itu. Lagipun kita dah berada dalam fasa persiapan, dulu pun pernah juga bincang awal, tapi lepas itu tak jadi apa-apa. (Jadi) saya kurang pasti sama ada serius atau tidak cadangan (kerjasama) itu.

“Kalau ada pihak yang serius (untuk bekerjasama), kita sedia menimbang. Walaupun itu bukan hak saya sebab perkara tersebut perlu dibawa ke Majlis Tertinggi Bersatu untuk difikirkan kerjasama) perlu atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu akan mempertimbangkan mengadakan kerjasama politik dengan parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan Pejuang untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menamakan parti mana yang pihaknya mahu bekerjasama dan menyatakan kesanggupan untuk mengadakan kerjasama sekiranya parti berkenaan ingin menyelamatkan negara daripada pemerintahan UMNO.

Related posts

Leave a Comment