WASHINGTON – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran, tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa.
Dalam kenyataan bersama, mereka mengulangi bahawa kenaikan mendadak harga tenaga dan baja akibat peperangan itu memberi kesan lebih besar kepada negara berpendapatan rendah.
Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa.
“Stok minyak global sedang susut pada kadar paling pantas dalam sejarah susulan kehilangan besar bekalan akibat gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz.
Penyusutan berterusan stok minyak dunia menjelang kemuncak permintaan musim panas di Hemisfera Utara akan meningkatkan risiko keselamatan bekalan bahan api, kestabilan pasaran dan daya tahan ekonomi global, jika aliran penghantaran tidak kembali normal.
Harga baja yang meningkat turut menjadi kebimbangan utama ketika banyak negara sedang memasuki musim penanaman,” kata kenyataan itu.
Selat Hormuz lazimnya mengendalikan kira-kira satu perlima daripada bekalan tenaga dunia.
Pada April lalu, IMF, Bank Dunia dan IEA mengumumkan pembentukan kumpulan khas menyelaras tindak balas ketiga-tiga agensi itu terhadap krisis berkenaan, terutama bagi membantu ekonomi lebih terdedah.
Nnn
