4,279 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 7 Ogos – Indonesia merekodkan 4,279 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 4,190 kes tempatan dan 89 import yang membawa kepada jumlah kumulatifnya 6,244,978. Bagaimanapun jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 5,016 orang iaitu 5,000 kes tempatan dan 14 import menjadikan jumlah keseluruhan 6,037,738 orang pulih. Angka kematian pula bertambah 13 kes menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini sebanyak 157,095 orang. Sementara itu Jakarta merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,824 menjadikan jumlah kumulatifnya 1,346,415 diikuti Jawa Barat 752 dengan kumulatifnya 1,142,529, Banten 640 (316,630), Jawa Timur 375…

Read More

Lelaki Nigeria akan dihantar pulang

PHNOM PENH: Kemboja akan menghantar pulang pesakit cacar monyet yang telah pulih, Osmond Chihazirim Nzerem ke negara asal Nigeria serta melarangnya memasuki semula negara itu selama tiga tahun. Menurut seorang pegawai jabatan imigresen, lelaki itu telah pulih daripada wabak berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu. Lelaki berusia 27 tahun itu, sebelum ini melarikan diri dari negara jiran Thailand setelah mengetahui hasil keputusan ujian cacar monyetnya positif, dan ditahan pihak berkuasa Kemboja di ibu negara Phnom Penh pada 23 Julai. Dia kemudian dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk menerima…

Read More

2,250 kes baharu di Thailand

BANGKOK 7 Ogos – Sebanyak 2,250 kes baharu Covid-19 dan 35 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 2,381 kes semalam manakala jumlah kematian harian sama seperti hari sebelumnya.. Daripada jumlah itu, sebanyak 2,249 adalah kes tempatan dan satu lagi kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,605,609 manakala jumlah kumulatif kematian pula 31,596 orang. Setakat semalam sebanyak 21,526 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,462 di hospital, 258 di kemudahan hospital dan 9,756 di rumah atau pengasingan komuniti. Bagi yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 952 dalam keadaan…

Read More

PN terus sokong PM sampai PRU

SERDANG 7 Ogos – Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan sokongan kepada Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan, kata Naib Presiden, Dr Ronald Kiandee. Beliau berkata pendirian PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan itu kekal demi kestabilan politik negara. “Kita akan terus memberi sokongan kepada perdana menteri, itu adalah pendirian PN. Kita mahu kestabilan politik terus berlanjutan di negara kita. Ia bagi memastikan kestabilan politik berkekalan sehingga PRU,” katanya ketika ditemui media pada Pameran Pertanian,…

Read More

Kes sembuh meningkat di Brunei

BERAKAS 7 Ogos – Sebanyak 608 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 209,995 kes. Menurut info grafik Kementerian Kesihatan, sebanyak empat kes dilaporkan dalam Kategori 4 iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Tiada tiada kes bagi Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.6 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.8 peratus dengan empat dos. Sebanyak 81.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah…

Read More

Selangor catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 7 Ogos – Jumlah kes Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan semalam dengan angka 4,684, berbanding 3,927 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,705,824 kes. Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,679 kes penularan tempatan dan lima kes import. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 11 kematian direkodkan semalam berbanding 11 kelmarin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,020 orang meninggal dunia setakat ini. Setakat semalam, sebanyak 46,904 kes aktif Covid-19 direkodkan termasuk 56 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan…

Read More

Bajet 2023 masih 23 Oktober

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Pembentangan Bajet 2023 masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan kononnya berkemungkinan akan dipercepatkan daripada jadual asal berikutan kemelut politik semasa yang melanda negara. “Itu khabar angin sahaja, pada pengetahuan saya masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober, ,” katanya ketika ditanya media ketika semasa merasmikan acara riadah ‘Ride & Run Veteran 100…

Read More

Serangan Israel ragut 25 jiwa Palestin

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan angka korban serangan Israel di Palestin meningkat kepada 25 orang termasuk enam kanak-kanak pada hari ke dua dalam serangan yang didakwa menyasarkan pejuang yang berpangkalan di Gaza. Pada Sabtu, sekurang-kurangnya 15 maut apabila serangan udara Israel membedil kawasan perumahan di Gaza di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan dua wanita antara yang terbunuh. Operasi ketenteraan itu sekali gus menamatkan ketenteraman sejak setahun lalu di sempadan yang dikawal pejuang Hamas. Konflik kembali tercetus selepas tentera Israel dilaporkan membunuh seorang komander kanan jihad Islam. Pejuang…

Read More