4,279 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 7 Ogos – Indonesia merekodkan 4,279 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 4,190 kes tempatan dan 89 import yang membawa kepada jumlah kumulatifnya 6,244,978.

Bagaimanapun jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 5,016 orang iaitu 5,000 kes tempatan dan 14 import menjadikan jumlah keseluruhan 6,037,738 orang pulih.

Angka kematian pula bertambah 13 kes menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini sebanyak 157,095 orang.

Sementara itu Jakarta merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,824 menjadikan jumlah kumulatifnya 1,346,415 diikuti Jawa Barat 752 dengan kumulatifnya 1,142,529, Banten 640 (316,630), Jawa Timur 375 (588,346), dan Bali 161 (163,682).

Jakarta juga merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 3,004 diikuti Jawa Barat 593, Banten 406 , Jawa Timur 386 serta Bali 138.

Pada masa yang sama, Jakarta juga mencatatkan kes kematian yang tinggi iaitu lima orang diikuti lapan wilayah masing-masing satu kes iaitu Jawa Timur, Jawa Barat,  Kalimantan Timur, Bali, Sumatera Utara, Banten, Kalimantan Selatan, dan Sulawesi Selatan

Related posts

Leave a Comment