Selangor catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 7 Ogos – Jumlah kes Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan semalam dengan angka 4,684, berbanding 3,927 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,705,824 kes.

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,679 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 11 kematian direkodkan semalam berbanding 11 kelmarin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,020 orang meninggal dunia setakat ini.

Setakat semalam, sebanyak 46,904 kes aktif Covid-19 direkodkan termasuk 56 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.5% atau 45,264 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 28 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,556 orang atau 3.3% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,275 pesakit dilaporkan sudah sembuh menjadikan jumlah individu pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan adalah 4,622,900 kes.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,047 kluster, dengan 24 daripadanya masih aktif.

Sementara itu Selangor terus mencatatkan peningkatan kes dan mendahului negeri lain dengan merekodkan 2,164 kes berbanding 1,052 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 887 (981), Perak 289 (324), Sabah 267 (315), Negeri Sembilan 204 (231), Pulau Pinang 197 (232), Melaka 142 (155) dan Johor 123 (128).

Berada di bawah 100 kes adalah Kedah 87 (121), Sarawak 84 (99),  Pahang 81 (93), Wilayah Persekutuan Putrajaya 62 (96), Kelantan 51 (49), Terengganu 24 (32), Perlis 12 (12) dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 (7).

Related posts

Leave a Comment