Bajet 2023 masih 23 Oktober

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Pembentangan Bajet 2023 masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan kononnya berkemungkinan akan dipercepatkan daripada jadual asal berikutan kemelut politik semasa yang melanda negara.

“Itu khabar angin sahaja, pada pengetahuan saya masih lagi sama seperti apa yang ada dalam takwim Parlimen pada 28 Oktober, ,” katanya ketika ditanya media ketika semasa merasmikan acara riadah ‘Ride & Run Veteran 100 Tahun’  di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, pagi ini.

Sebelum ini beberapa pemerhati dan parti politik termasuk UMNO menjangkakan Bajet 2023 akan dilakukan lebih awal.

Ia termasuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dilaporkan akan berbincang mengenai kemungkinan pembentangan Bajet 2023 diawalkan ke September untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment