2,250 kes baharu di Thailand

BANGKOK 7 Ogos – Sebanyak 2,250 kes baharu Covid-19 dan 35 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 2,381 kes semalam manakala jumlah kematian harian sama seperti hari sebelumnya..

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,249 adalah kes tempatan dan satu lagi kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,605,609 manakala jumlah kumulatif kematian pula 31,596 orang.

Setakat semalam sebanyak 21,526 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,462 di hospital, 258 di kemudahan hospital dan 9,756 di rumah atau pengasingan komuniti.

Bagi yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 952 dalam keadaan serius manakala 489 bergantung kepada bantuan ventilator dan 1,939 sembuh menjadikan 4,552,487 orang pulih.

Kes kematian pula melibatkan mereka yang berumur antara 18 hingga 97 tahun dengan purata umur 79 dan turut meninggal dunia seorang warga Sweden manakala yang lain warga Thailand.

Sementara itu, sebanyak 98,501 dos vaksin didaftar semalam yang meliputi 9,373 dos pertama, 23,507 dos kedua dan 65,621 dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment