Letak jawatan sahut seruan PAU

KOTA BHARU 1 April – Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Zawawi membuat pengumuman itu dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Dewan Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh malam tadi.

Beliau akan menghantar surat rasmi peletakan jawatan dalam masa terdekat.

Zawawi yang dilantik pada 26 Oktober 2020 berkata, peletakan jawatannya itu sebagai menyahut seruan dan amanat pemimpin UMNO yang membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menyeru pemimpin UMNO yang lain supaya melepaskan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau kepentingan lain selaras dengan usul yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020).

Related posts

Leave a Comment