WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegur Israel supaya tidak menggugat kestabilan Syria dan kepemimpinan baharunya selepas 13 orang dilaporkan terbunuh dalam operasi tentera Israel.
Dalam kenyataan di Truth Social, Trump berkata penting bagi Israel mengekalkan hubungan dan komunikasi baik dengan Syria dengan memastikan tiada tindakan yang boleh mengganggu perkembangan Syria menuju sebuah negara yang makmur.
Trump menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan perkembangan di Syria di bawah Sharaa, yang membuat lawatan bersejarah ke Rumah Putih beberapa minggu lalu.
Beliau berkata, Sharaa bekerja keras memastikan hubungan baik Syria-Israel dapat diwujudkan dan kekal kukuh dan menegaskan AS akan terus membantu Syria melaksanakan rancangan membina semula negara itu.
Trump percaya hubungan baik Syria-Israel akan membantu usaha mencapai keamanan lebih luas di Asia Barat, susulan gencatan senjata di Gaza pada Oktober lalu.
Pentadbiran Trump sebelum ini menarik balik sekatan terhadap Syria bagi menyokong Sharaa.
Washington juga mendakwa Syria kini menyertai gabungan global menentang kumpulan Negara Islam (IS).Pejabat Netanyahu memaklumkan kedua-dua pemimpin turut membincangkan langkah “meluaskan” perjanjian damai serantau.
Trump sejak setahun lalu berusaha membentuk pakatan keselamatan Israel-Syria selepas Presiden Ahmed al-Sharaa, ketua gabungan Islamis, menumbangkan Bashar al-Assad.
Nnnn
