UDA diberi dana RM100 juta

PETALING JAYA 25 Julai – UDA Holdings Berhad (UDA) yang mencapai usia 50 tahun  memperoleh dana berjumlah RM100 juta bagi membangunkan pusat komersial dan membantu usahawan Bumiputera mendapatkan ruang perniagaan. Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan dana itu berkata, status sosio ekonomi Bumiputera masih di tahap rendah dan pembabitan usahawan golongan itu perlu dipertingkatkan. Pembabitan mereka bukan lagi sekadar di sektor informal tetapi sektor formal seperti menjalankan perniagaan di pusat beli-belah yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Katanya, kerajaan akan menyemak semula pengurusan pusat beli-belah dimiliki syarikat…

Read More

‘MK’ tokoh hartanah Melayu disegani

HARI ini, 25 Julai 2021, Malaysia kehilangan seorang tokoh hartanah Melayu terkemuka yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, 73 pengasas Kumpulan EMKAY meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 7.45 pagi di Institut Jantung Negara (IJN). Allahyarham Mustapha Kamal adalah antara individu yang merintis pembangunan Cyberjaya menjadi sebuah bandar pintar apabila pelbagai syarikat multinasional terkemuka dunia beroperasi di sana. Cyberjaya yang sebelum ini sebuah perkampungan dikenali sebagai Kampung Air Terentang, berubah sepenuhnya sehingga digelar Lembah Silikon Malaysia. Menerusi Setia Haruman Sdn. Bhd., Cyberjaya…

Read More

Kes kesembilan cacar monyet Singapura

SINGAPURA 25 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan satu lagi kes cacar monyet hari ini membawa kepada jumlah sembilan kes penyakit itu di Singapura sejak Jun. Pesakit merupakan seorang lelaki Filipina berusia 31 tahun, disahkan positif virus tersebut, empat hari selepas demam pada 21 Julai serta mengalami ruam pada bahagian muka dan badannya. Lelaki tersebut mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Singapura pada 24 Julai dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama. Pesakit dalam keadaan stabil dan pengesanan kontak masih dijalankan. MoH menjelaskan jangkitan lelaki tersebut tidak berkaitan dengan…

Read More

5,551 kes baharu, 7 kematian

SINGAPURA 26 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,551 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 5,358 jangkitan tempatan dan 193‬ ‬kes import. Tujuh lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,483 orang meninggal dunia setakat ini manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 1,664,707 sejak pandemik melanda. Menurut MoH, sebanyak 5,117 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 4,951 kes tempatan dan 166 kes…

Read More

Pas tadbir negeri hingga tamat penggal

BUKIT GANTANG 26 Julai – Pas akan terus mentadbir Kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga tamat tempoh pada pertengahan tahun depan dan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal. Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata DUN di negeri yang ditadbir parti itu tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum (PRU) jika Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen lebih awal. “Tiga buah negeri yang kita perintah tidak akan dibubarkan DUN, walaupun berlakunya pembubaran Parlimen peringkat kerajaan Pusat dalam masa terdekat,,” katanya dalam sidang media pada Program Jualan Bantu…

Read More

Tanding PRU : Dr Mahathir serba salah

LANGKAWI 25 Julai – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membayangkan untuk bertanding semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya mendapat sokongan ahli dan faktor kesihatan yang mengizinkan. Dr. Mahathir berkata, beliau dalam keadaan serba salah apabila berhadapan pertanyaan penyokong parti berkaitan perkara itu menyebabkan kadang-kadang menyatakan untuk bertanding dan pada waktu lain berkata tidak. “Bila dekat pilihan raya kita buat keputusan. Kalau perlu bertanding saya akan bertanding, tapi, kalau ikut kehendak saya tua sangat dah…tak payah bertanding,“ katanya selepas perjumpaan bersama pengusaha bot pelancongan di Jeti Tanjung Rhu…

Read More

Jadikan UniPSAS universiti tersohor

KUANTAN 26 Julai – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) hendaklah menjadi teladan sebagai sebuah universiti Islam yang ditadbir dengan cekap, telus dan berintegriti. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah UniPSAS juga perlu terus meneroka bidang pengajian baharu serta menjalin hubungan strategik dengan universiti lain termasuk di luar negara. Justeru, baginda menzahirkan harapan agar UniPSAS akan terus menempa nama menjadi universiti Islam tersohor dan melahirkan graduan berkualiti untuk menjadi pelapis golongan alim ulama. Baginda yakin menerusi pemasyhuran ini, UniPSAS akan lebih dikenali dan menjadi universiti…

Read More

Kematian meningkat di Thailand

BANGKOK 25 Julai – Jumlah kematian harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 32 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 30 yang dilaporkan semalam. Bagaimanapun jumlah kes baharu turun kepada 1,740 berbanding 2,390 yang dilaporkan semalam. Sebanyak 1,731 kes terdiri daripada jangkitan tempatan dan sembilan melibatkan penghuni penjara. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kematian adalah 31,189 orang dan kumulatif kes pula sebanyak 4,577,593. Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 23,985 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,993 di hospital, 285 di fasiliti hospital dan 11,663 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 890 dalam…

Read More

Cacar monyet: KKM ambil langkah awal

PUTRAJAYA 25 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengambil beberapa langkah awal, berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia termasuklah mengingatkan semua fasiliti kesihatan supaya peka dengan situasi semasa jangkitan berkenaan serta meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko. Beliau berkata, sehingga Sabtu lalu, sejumlah sembilan kes disyaki monkeypox sudah dinotifikasikan kepada pihaknya bagaimanapun, semua kes berkenaan disahkan negatif. KKM turut meminta fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta mengenai keperluan untuk notifikasikan kes yang disyaki atau disahkan monkeypox…

Read More

Sunak, Truss ‘tabur’ janji jika jadi PM

LONDON: Dua calon terakhir yang bersaing untuk jawatan Perdana Menteri Britain terus ‘berkempen’ bagi memenangi undi untuk melayakkan mereka menggantikan Boris Johnson. Bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak dan Setiausaha Luar Liz Truss saling cabar mencabar serta menabur janji bagi melaksanakan sesuatu sekiranya dipilih. Sunak ketika menjawab tuduhan ke atasnya, berjanji akan bersikap tegas terhadap China sekiranya dipilih menjadi Perdana Menteri berikutan kuasa besar Asia itu dilihat sebagai ‘ancaman nombor satu’ kepada keselamatan domestik dan global. Janji itu dibuat selepas pesaingnya, Truss, menuduhnya lemah terhadap di China dan Russia. Antara yang…

Read More