5,551 kes baharu, 7 kematian

SINGAPURA 26 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,551 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 5,358 jangkitan tempatan dan 193‬ ‬kes import.

Tujuh lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,483 orang meninggal dunia setakat ini manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada

1,664,707 sejak pandemik melanda.

Menurut MoH, sebanyak 5,117 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini terdiri daripada 4,951 kes tempatan dan 166 kes import manakala sebanyak

434‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 407 adalah jangkitan tempatan, dan 27 adalah kes import.

Sementara itu seramai 8,984 pesakit dibenarkan keluar hospital manakala

757 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 73 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 19 dipantau rapi di ICU.

Related posts

Leave a Comment