Kematian meningkat di Thailand

BANGKOK 25 Julai – Jumlah kematian harian Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 32 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 30 yang dilaporkan semalam.

Bagaimanapun jumlah kes baharu turun kepada 1,740 berbanding 2,390 yang dilaporkan semalam. Sebanyak 1,731 kes terdiri daripada jangkitan tempatan dan sembilan melibatkan penghuni penjara.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kematian adalah 31,189 orang dan kumulatif kes pula sebanyak 4,577,593.

Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 23,985 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,993 di hospital, 285 di fasiliti hospital dan 11,663 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 890 dalam keadaan kritikal dan 425 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,425 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,522,419 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment