Kes kesembilan cacar monyet Singapura

SINGAPURA 25 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan satu lagi kes cacar monyet hari ini membawa kepada jumlah sembilan kes penyakit itu di Singapura sejak Jun.

Pesakit merupakan seorang lelaki Filipina berusia 31 tahun, disahkan positif virus tersebut, empat hari selepas demam pada 21 Julai serta mengalami ruam pada bahagian muka dan badannya.

Lelaki tersebut mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Singapura pada 24 Julai dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama.

Pesakit dalam keadaan stabil dan pengesanan kontak masih dijalankan.

MoH menjelaskan jangkitan lelaki tersebut tidak berkaitan dengan kes jangkitan cacar monyet yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk rekod, daripada sembilan kes cacar monyet yang dilaporkan di Singapura sejak Jun, empat adalah kes import dan lima kes tempatan.

Related posts

Leave a Comment