KLUANG 18 Jun – DAP menamakan calon pertamanya, seorang peguam wanita, Chu Poh Yee, 33 sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor akan datang. Muka baharu itu akan mempertahankan kerusi yang sebelum ini disandang Chew Chong Sin selama dua penggal yang bakal dipertaruhkan pula bagi kerusi Parlimen Labis dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan muka baharu itu pada majlis pengumuman calon DUN terbabit di sini, malam ini. “Saya tahu apabila saya kata ada calon…
Read MoreDay: June 18, 2026
PRU16: Zafrul cadang tanding di Selangor
KUALA LUMPUR 18 Jun – Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengemukakan cadangan untuk bertanding di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Katanya, cadangan itu dikemukakan kepada pucuk pimpinan PKR bagi mendapatkan persetujuan Presidennya, Anwar Ibrahim. “Saya telah memberikan cadangan supaya kalau ada pilihan raya, terutamanya PRU, saya diberi peluang bertanding di Selangor, tetapi belum ada keputusan muktamad,” katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi Yayasan TZA di sini, hari ini. Ahli PKR Cabang Ampang itu berkata secara peribadinya, beliau tidak mempunyai kawasan sasaran, tetapi menyerahkan kepada…
Read MoreBerita pilihan…
Perjanjian dengan Iran belum muktamad
ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian yang diumumkan dengan Iran minggu ini hanyalah “memorandum persefahaman” dan masih tertakluk kepada perubahan. Ketika bercakap kepada pemberita pads pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, Trump mengingatkan jika beliau tidak menyukainya, AS akan kembali menyerang. Beliau memberi amaran bahawa sekiranya pemimpin Iran “tidak berkelakuan baik”, AS akan menyambung semula “pengeboman” ke atas wilayah negara itu. Washington dan Tehran mencapai gencatan senjata sementara pada April lalu menerusi pengantaraan Pakistan sebelum mengumumkan perjanjian rangka kerja pada Isnin bagi menamatkan konflik. Perjanjian…
Read MoreMoU 14 perkara AS – Iran
MEMORANDUM Persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang ditandatangani pada Rabu mengandungi 14 perkara utama yang menjadi asas kepada usaha menamatkan konflik antara kedua-dua negara selepas hampir empat bulan peperangan. Pentadbiran Presiden Donald Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai “berasaskan prestasi”, dengan sebarang manfaat kepada Iran hanya akan diberikan sekiranya negara itu mematuhi komitmen yang dipersetujui. 1. Penamatan konflik di semua medan AS, Iran dan sekutu masing-masing akan menghentikan semua operasi ketenteraan secara serta-merta dan kekal, termasuk di Lubnan. Kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan melancarkan serangan atau ancaman…
Read More