Lembaga Angkasa Malaysia awal 2023

KUALA LUMPUR 18 Julai – Lembaga Angkasa Malaysia akan dilancarkan sepenuhnya awal tahun hadapan bagi menguatkuasakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah diwartakan pada 25 Januari lalu. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba berkata lembaga itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Zainal Abidin Abu Hassan, dengan ahli-ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan. Lembaga itu akan membuat peraturan berkaitan dengan akta yang telah diluluskan bagi mengawal selia dan membangunkan industri angkasa negara bersesuaian dengan perjanjian antarabangsa. Katanya, lembaga ini…

Read More

6,227 kes baharu Singapura

SINGAPURA 18 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,227‬‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 5,978 jangkitan tempatan dan 249‬ ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,602,273 manakala empat lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,457 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, 5,686 iaitu 5,472 kes tempatan dan 214 kes import adalah dalam kategori Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 541‬‬‬‬‬‬‬ kes lagi…

Read More

66 % bekas pesakit alami Long Covid

JAKARTA 18 Julai – Kira-kira 66 peratus bekas pesakit Covid-19 yang terselamat di Indonesia mengalami simptom berterusan atau ‘Long Covid’ berbanding anggaran kadar kelaziman global sebanyak 43 peratus. Satu kajian membabitkan 385 responden, dijalankan pada Januari tahun lalu dan diterbitkan dalam jurnal penyakit berjangkit, GERMS, yang melibatkan kumpulan pakar berkaitan penyakit itu. Kajian dilakukan sejurus selepas negara mengalami gelombang pertama jangkitan Covid-19 yang didorong oleh penyebaran varian Alpha. Gejala paling biasa dilaporkan oleh mangsa yang terselamat, menurut penyelidikan, adalah keletihan yang berpanjangan (29 peratus, batuk (15 peratus) dan sakit otot…

Read More

3,393 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 18 Julai – Sebanyak 3,393 kes baharu Covid-19 direkodkan Indonesia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,138,346 kes. Menurut data daripada pasukan petugas kebangsaan Covid-19, sebanyak 2,427 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih mencapai 5,952,981. Jumlah kes aktif juga menunjukkan peningkatan iaitu 28,506 kes termasuk 956 yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 10 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,859 orang. Sementara itu, data menunjukkan kadar liputan vaksin di 28 wilayah masih di bawah 30 peratus dengan…

Read More

1,772 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 18 Julai – Sebanyak 1,772 kes baharu Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Halbi Mohd Yussof hari ini. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, beliau berkata sebanyak 1,762 adalah hasil ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi BruHealth dan 10 kes daripada 334 ujian makmal RT-PCR Katanya, dalam tempoh seminggu kebelakangan, purata kes harian adalah 1,730 kes sehari. Pemangku Menteri Kesihatan itu berkata, pada hari ini terdapat satu kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan rawatan…

Read More

1,814 kes di Thailand, 17 kematian

BANGKOK 18 Julai – Thailand merekodkan sebanyak 17 lagi kematian dan 1,814 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, demikian menurut laporan Kementerian Kesihatan Awam. Jumlah itu menunjukkan penurunan apabila 18 kematian dan 2,028 kes jangkitan dilaporkan kelmarin. Daripada jumlah itu juga,sebanyak 1,814 kes jangkitan tempatan manakala satu kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,560,843 dan kematian pula 31,013. Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 22,735 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,974 di hospital, 684 di kemudahan hospital dan 11,053 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah di hospital,sebanyak, 794…

Read More

Mekanisme kawal visa furada haji

SEPANG 18 Julai – Kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme tertentu untuk mengawal permohonan visa furada dari Arab Saudi dalam usaha menangani masalah penipuan dokumen itu pada musim haji akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membendung masalah itu. Bercakap kepada media di sini, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin mengerjakan haji supaya lebih berhati-hati dengan mana-mana individu dan agensi pelancongan yang menawarkan pakej visa furada yang luar biasa. Menurutnya, visa furada…

Read More

Kolam takungan pecah punca banjir

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendedahkan punca banjir di beberapa kampung di Baling, awal bulan ini, disebabkan kolam takungan di projek tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas, pecah. Menteri Alam Sekitar dan Air,  Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata punca itu dikesan melalui kajian yang dilaksanakan oleh kementerian itu. Kajian mendapati terdapat satu kolam takungan yang pecah sehingga menyebabkan banjir di beberapa kampung termasuk Kampung Iboi, Kampung Padang Lengkuas, Bukit Hangus dan Kampung Pisang. “Kalau dilihat dari kadar hujan, ia tidak lebat sekadar…

Read More

Cari mekanisme subsidi bersasar

KUALA LUMPUR 18 Julai – Kerajaan sedang mencari mekanisme paling sesuai dalam merangka subsidi bersasar demi untuk rakyat yang berhak menerimanya sekali gus mengelak ketirisan dan tiada golongan itu yang tertinggal. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata mekanisme itu memerlukan perincian dan bukan sesuatu yang mudah untuk ditentukan. Katanya cadangan subsidi bersasar dicadangkan sejak beberapa kerajaan sebelum ini tetapi masih belum boleh dilaksana kerana belum ada mekanisme khusus untuk pastikan tidak ada rakyat yang tercicir dan tertinggal. “Sebagai contoh), adakah kita perlu membeli gula atau minyak masak menggunakan kupon? Adakah…

Read More