1,772 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 18 Julai – Sebanyak 1,772 kes baharu Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Halbi Mohd Yussof hari ini.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, beliau berkata sebanyak 1,762 adalah hasil ujian ART yang dimuatnaik ke aplikasi BruHealth dan 10 kes daripada 334 ujian makmal RT-PCR

Katanya, dalam tempoh seminggu kebelakangan, purata kes harian adalah 1,730 kes sehari.

Pemangku Menteri Kesihatan itu berkata, pada hari ini terdapat satu kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan rawatan atau bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 15 kes dilaporkan dalam Kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Menurut beliau lagi, sebanyak 1,684 kes Covid-19 disahkan sembuh dan 99 peratus kes yang dikesan dalam minggu ini adalah dalam kategori 1 atau 2 dan tidak memerlukan rawatan hospital.

Bagi program vaksinasi, sebanyak 78 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 51.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 74 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 5 peratus menerima empat dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment