6,227 kes baharu Singapura

SINGAPURA 18 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,227‬‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 5,978 jangkitan tempatan dan 249‬ ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,602,273 manakala empat lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,457 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, 5,686 iaitu 5,472 kes tempatan dan 214 kes import adalah dalam kategori Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 541‬‬‬‬‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 506 adalah jangkitan tempatan, manakala 35 adalah kes import.

Seramai 810 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 789 yang dicatatkan semalam di mana 78 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 16 dipantau rapi di ICU manakala 10,100 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment