3,393 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 18 Julai – Sebanyak 3,393 kes baharu Covid-19 direkodkan Indonesia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,138,346 kes.

Menurut data daripada pasukan petugas kebangsaan Covid-19, sebanyak

2,427 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih mencapai 5,952,981.

Jumlah kes aktif juga menunjukkan peningkatan iaitu 28,506 kes termasuk 956 yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak 10 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,859 orang.

Sementara itu, data menunjukkan kadar liputan vaksin di 28 wilayah masih di bawah 30 peratus dengan kadar tertinggi dicatatkan di Bali yang mencecah 58 peratus.

Ini diikuti Jakarta, Kepulauan Riau, Jogjakarta, Jawa Barat, dan Kalimantan Timur walaupun kadar liputannya belum mencapai 50 peratus.

Related posts

Leave a Comment