1,814 kes di Thailand, 17 kematian

BANGKOK 18 Julai – Thailand merekodkan sebanyak 17 lagi kematian dan 1,814 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, demikian menurut laporan Kementerian Kesihatan Awam.

Jumlah itu menunjukkan penurunan apabila 18 kematian dan 2,028 kes jangkitan dilaporkan kelmarin.

Daripada jumlah itu juga,sebanyak 1,814 kes jangkitan tempatan manakala satu kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,560,843 dan kematian pula 31,013.

Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 22,735 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,974 di hospital, 684 di kemudahan hospital dan 11,053 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah di hospital,sebanyak, 794 dalam keadaan kritikal yang berkaitan paru-paru dan 369 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sebanyak 2,361 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,507,095.

Related posts

Leave a Comment