1,685 sembuh di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 16 Julai – Sebanyak 1,685 kes Covid-19 disahkan sembuh setakat semalam yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 181,796 orang. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam, satu kematian juga direkodkan. Sementara itu, sebanyak tujuh kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tiada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi program vaksinasi, sebanyak 78 peratus kanak-kanak yang berumur 5…

Read More

Thailand catat 2,025 kes baharu

BANGKOK 16 Julai – Thailand merekodkan 2,025 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import, dan 10 penghuni penjara, meningkat berbanding 1,795 kes dilaporkan semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,557,001 orang sejak pandemik bermula. Pada masa yang sama sebanyak 20 kematian dilaporkan berbanding 23 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,978 orang meninggal dunia. Sehingga malam Jumaat sebanyak 23,867 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,511 di hospital, 960 di kemudahan hospital dan 12,365 di rumah atau pusat pengasingan komuniti. Daripada jumlah itu, 785 kes dalam keadaan kritikal…

Read More

Henti bertelagah atau tiada watikah

SHAH ALAM 16 Julai – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menegaskan tiada watikah calon pilihan raya akan diberikan kepada pemimpin parti itu yang terus bersaing seperti mana persaingan sebelum pemilihan parti. Beliau juga tidak akan memaafkan anggota parti baik di peringkat ranting mahupun cabang yang masih bertelagah sesama sendiri meskipun pemilihan sudah berakhir. Justeru beliau mengingatkan semua ahli dan pemimpin PKR supaya berhenti daripada bermusuhan sesama sendiri kerana, parti yang dibina lebih dua dekad itu tidak boleh ditegakkan dengan kebencian dan permusuhan. Tegasnya, selaku Presiden, beliau akan memastikan…

Read More

Anwar ‘tolak’ PM, tolak perasuah

SHAH ALAM 16 Julai – Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020, tetapi menolaknya kerana tidak mahu bersubahat dengan perasuah. Beliau mendedahkan sudah pun menerima peluang untuk menjadi perdana menteri apabila mendapat sokongan majoriti menerusi akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen pembangkang dan wakil rakyat UMNO. Bagaimanapun, beliau terpaksa menolak selepas diminta memberi jaminan untuk menutup kes mahkamah yang membabitkan dua pemimpin dalam UMNO. “Saya tidak suarakan perkara ini kerana membabitkan Yang di-Pertuan Agong, tetapi tandatangan pembangkang saya ucap terima kasih ‘solid’ (kukuh)…

Read More

Perang : Kemelesetan ekonomi lebih buruk

DUNIA bakal berdepan kemelesetan ekonomi lebih buruk dalam tempoh 12 bulan akan datang susulan krisis perang antara Ukraine dan Rusia yang belum berhenti. Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata, kenaikan harga komoditi akibat peperangan  akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia. “Kejutan harga komoditi akibat perang di Ukraine telah memburukkan lagi krisis kos sara hidup bagi ratusan juta orang dan hanya menjadi lebih teruk,” jelasnya. Beliau berkata, kadar inflasi juga dijangka terus meningkat dan ketika ini, Amerika Syarikat (AS) menyaksikan kadar inflasi meningkat pada paras tertinggi…

Read More

Bintang kebesaran Hari Keputeraan Sultan

SULTAN Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah semalam berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Hari Keputeraan baginda Ke-76 di Istana Nurul Iman. Turut berangkat Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Seramai 23 orang dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran NBD termasuk Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI),  Jeneral TNI Muhammad Andika Perkasa, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Muhammad Haszaimi Bol Hassan. Turut hadir pada istiadat tersebut ialah tetamu-tetamu khas,  antaranya Yang Di-Pertua Negeri…

Read More

PH kekal induk pembangkang

SHAH ALAM 16 Julai – Pakatan Harapan (PH) akan kekal sebagai induk pembangkang terkuat, tetapi masih terbuka untuk membina jaringan dengan semua parti yang sealiran dari segi dasarnya. Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, PKR akan tetap memperkukuh hubungannya dengan DAP, Amanah serta UPKO terutama dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Kita akan tetap bersama Amanah , DAP dan UPKO. Kita perkuatkan PH dan kita tentunya akan terus membina jaringan dalam kalangan parti-parti pembangkang. Walaupun kadang-kadang ada ketegangan rakan-rakan dalam parti, ini hanya salah faham. Anwar…

Read More

1,805 pesakit Covid-19 sembuh

BANDAR SERI BEGAWAN 16 Julai – Sebanyak 1,805 kes Covid-19 disahkan sembuh setakat semalam yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 180,111 orang. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam, satu kematian juga direkodkan. Sementara itu, sebanyak tujuh kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tiada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi program vaksinasi, sebanyak 78 peratus kanak-kanak yang berumur 5…

Read More

Kes harian lepasi 5,000

PUTRAJAYA 16 Julai – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat melepasi angka 5,000 semalam, Jumaat dengan merekodkan 5,230 kes berbanding 4,098 pada hari sebelumnya. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 11 daripadanya merupakan kes import. Sebanyak 41,208 kes aktif dilaporkan, tambahan sebanyak 2,295 kes di mana 39,703 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,411 pesakit dirawat di hospital dengan 64 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Lapan kes kematian termasuk melibatkan satu kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini…

Read More