Kes harian lepasi 5,000

PUTRAJAYA 16 Julai – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat melepasi angka 5,000 semalam, Jumaat dengan merekodkan 5,230 kes berbanding 4,098 pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 11 daripadanya merupakan kes import.

Sebanyak 41,208 kes aktif dilaporkan, tambahan sebanyak 2,295 kes di mana 39,703 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,411 pesakit dirawat di hospital dengan 64 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Lapan kes kematian termasuk melibatkan satu kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,844.

Sementara itu Selangor mendahului jumlah kes harian dengan merekodkan 1,877 kes, menunjukkan peningkatan berbanding 1,069 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga meningkat dari 1,485 kepada 1,584.

Ini diikuti Perak 399 berbanding 274 semalam, Sabah 261 (181), Negeri Sembilan 236 (276), Pulau Pinang 219 (160), Melaka 140 (142), Johor 107 (94) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 102 (95)

Di bawah 100 kes, adalah Kedah 76 (99),  Pahang 70 (80), Sarawak 68 (43), Kelantan  48  (56), Terengganu 23 (24), Wilayah Persekutuan Labuan 12 (9) dan Perlis 8 (11).

Related posts

Leave a Comment