Bintang kebesaran Hari Keputeraan Sultan

SULTAN Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah semalam berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Hari Keputeraan baginda Ke-76 di Istana Nurul Iman.

Turut berangkat Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Seramai 23 orang dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran NBD termasuk Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI),  Jeneral TNI Muhammad Andika Perkasa, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Muhammad Haszaimi Bol Hassan.

Turut hadir pada istiadat tersebut ialah tetamu-tetamu khas,  antaranya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak,  Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Abdul Taib Mahmud dan isteri, dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Isteri.

(Foto Jabatan Penerangan Brunei)

Related posts

Leave a Comment