1,805 pesakit Covid-19 sembuh

BANDAR SERI BEGAWAN 16 Julai – Sebanyak 1,805 kes Covid-19 disahkan sembuh setakat semalam yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 180,111 orang.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam, satu kematian juga direkodkan.

Sementara itu, sebanyak tujuh kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tiada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagi program vaksinasi, sebanyak 78 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 51.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 73.9 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 4.9 peratus menerima empat dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment