Thailand catat 2,025 kes baharu

BANGKOK 16 Julai – Thailand merekodkan 2,025 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import, dan 10 penghuni penjara, meningkat berbanding 1,795 kes dilaporkan semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,557,001 orang sejak pandemik bermula.

Pada masa yang sama sebanyak 20 kematian dilaporkan berbanding 23 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,978 orang meninggal dunia.

Sehingga malam Jumaat sebanyak 23,867 orang mendapatkan rawatan

Covid-19 termasuk 10,511 di hospital, 960 di kemudahan hospital dan 12,365 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Daripada jumlah itu, 785 kes dalam keadaan kritikal dan 352 lagi bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,181 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,502,156 orang pulih daripada Covid-19.

Related posts

Leave a Comment