Kes cacar monyet pertama di Saudi

RIYADH 15 Julai – Arab Saudi semalam mengesan kes cacar monyet pertama membabitkan seorang individu di Riyadh yang pulang dari luar negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes terbabit sedang diberi penjagaan perubatan yang teliti mengikut prosedur kesihatan diluluskan, manakala langkah sudah diambil untuk mengenal pasti kontak individu berkenaan.

Kementerian itu turut mengesahkan usaha diteruskan untuk memantau perkembangan terbabit, sekali gus bersiap siaga menangani jangkitan berkenaan.

MoH meminta orang ramai mematuhi arahan kesihatan, terutama ketika melakukan perjalanan, yang dihebahkan melalui saluran rasmi kementerian itu serta Pihak Berkuasa Kesihatan Awam (Weqaya).

Related posts

Leave a Comment