Subvarian Centaurus pula muncul

AMSTERDAM: Pakar virologi kini menyuarakan kebimbangan terhadap kemunculan satu lagi varian Omicron yang didakwa menular dengan lebih cepat selepas Belanda menjadi negara terbaharu mengesan subvarian yang digelar ‘Centaurus’

Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda dalam satu kenyataan berkata, ketika ini sebahagian saintis khuatir jika ‘Centaurus’ atau subvarian B.A.2.75 tersebut ‘lebih kebal’ hingga menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.

Bagaimanapun belum terdapat bukti jelas ia menyebabkan penyakit lebih serius berbanding versi asal Omicron.

“Hanya sedikit yang diketahui tentang BA.2.75 walaupun ia dipercayai dapat menembusi ‘pertahanan’ sedia ada terhadap SARS-CoV-2 melalui perubahan kecil dan spesifik,” kata pakar terkemuka Covid-19.

Minggu lalu, Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan mengesahkan mereka sedang mengawasi strain tersebut dengan teliti, namun terdapat urutan terhad untuk dianalisis.

“Subvaian ini nampaknya mengalami beberapa mutasi dan kita perlu memantau perkembangannya. Masih terlalu awal untuk menentukan ia boleh menangkis imuniti dan tahap keterukannya,” jelasnya.

Related posts

Leave a Comment