1,694 kes baharu Covid-19

BERAKAS 14 Julai – Sebanyak 1,694 kes sembuh direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih di Brunei Darussalam meningkat kepada 178,306 orang.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, tiada kes dalam kategori 5 manakala tujuh kes direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 51.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah mendapatkan vaksinasi dan 77.6 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan vaksinasi.

Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini, beliau berkata sebanyak 73.8 peratus telah mendapatkan dos ketiga dan 4.6 peratus mendapatkan dos keempat.

Dalam tempoh itu, satu kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat jangkitan Covid-19.

Dr Md Isham juga mengingatkan orang ramai memuat naik keputusan hasil ujian ART sama ada positif atau negatif ke aplikasi BruHealth bagi membantu Kementerian Kesihatan memantau situasi jangkitan.

Related posts

Leave a Comment