Hari sambutan Aidiladha berbeza

BEIJING: Sambutan Hari Raya Aidiladha di China akan disambut berbeza sama ada Sabtu atau Ahad mengikut setiap wilayah dan bandar di negara itu.

Persatuan China Muslim berkata, ada wilayah yang akan menyambut pada 9 Julai dan sebahagian meraikan pada, 10 Julai.

Imam di Masjid Beijing memaklumkan Aidiladha disambut pada Ahad, manakala umat Islam di wilayah Qinghai pada hari Sabtu dan Taiwan pula akan menyambutnya pada Sabtu.

Penduduk Islam terutamanya di Xinjiang, Qinghai dan Ningxia menyambut Aidiladha dengan sembelihan haiwan korban dan mengagihkan daging kepada komuniti setempat.

Bagaimanapun, sambutan perayaan kali ini masih tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat di masjid kerana masih ditutup akibat pandemik Covid-19.

Related posts

Leave a Comment