Kemas kini vaksin Covid-19

AGENSI Ubat-Ubatan Eropah (EMA), badan pengawal selia global bersetuju dengan prinsip mengemas kini vaksin Covid-19 untuk bertindak balas terhadap varian yang muncul.

Justeru vaksin koronavirus yang diubah suai untuk memasukkan strain varian Omicron boleh meningkatkan perlindungan apabila digunakan sebagai dos penggalak.

Walaupun vaksin koronavirus sedia ada memberikan perlindungan yang baik terhadap kemasukan ke hospital dan kematian, kumpulan itu berkata, keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Menurut EMA, dos penggalak khusus Omicron yang merangkumi kedua-dua strain baharu dan strain koronavirus asal boleh “meningkatkan dan melanjutkan” perlindungan.

Kenyataan itu merujuk secara khusus kepada vaksin mRNA.

Pfizer-BioNTech dan Moderna telah menguji versi vaksin mereka yang diubahsuai semula untuk memasukkan varian Omicron.

Vaksin yang termasuk varian lain seperti varian Beta, mungkin juga dipertimbangkan untuk digunakan sebagai dos penggalak jika data ujian klinikal menunjukkan tahap peneutralan yang mencukupi terhadap Omicron dan varian lain yang membimbangkan.

Ia mengikuti panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa dos penggalak khusus Omicron boleh memulihkan perlindungan terhadap jenis koronavirus yang baru muncul.

Related posts

Leave a Comment