18 kematian, 1,995 kes baharu Thailand

BANGKOK 4 Julai – Sebanyak 18 lagi kematian direkodkan hari ini akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 30,718 orang sejak pandemik bermula. Pada masa yang sama, sebanyak 1,995 kes baharu dilaporkan termasuk dua import berbanding 2,328 kes sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,532,100 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, jumlah kes tidak termasuk 1,609 kes positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 3,604 kes. Setakat semalam (Ahad), sebanyak 24,818 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,038 di hospital manakala 1,113 lagi di hospital lapangan…

Read More

11 kampung di Baling terjejas banjir

BALING 4 Julai – Sekurang-kurangnya 11 kampung berhampiran Sungai Kupang terjejas akibat banjir yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu. Berikutan itu, pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa yang terperangkap . Kampung terlibat termasuk Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang. Setakat malam ini bomba telah memindahkan 55 mangsa yang terperangkap ke tempat selamat dan operasi pemindahan masih dijalankan sehingga…

Read More

5,946 kes baharu Singapura

SINGAPURA 4 Julai –  Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 5,946 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,700 jangkitan tempatan dan 246 ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,473,180 kes dengan satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,419 orang meninggal dunia. Sebanyak 5,451 kes diletakkan di bawah Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 5,232 kes tempatan dan 219 kes import manakala 495‬‬‬ kes…

Read More

1,691 kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 4 Julai – Brunei Darussalam merekodkan 1,691 kes baharu dalam tempoh 24 jam, dengan jumlah kes sembuh pula 1,091 menjadikan jumlah keseluruhan 164,116 pesakit telah pulih. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat tiga kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bercakap pada sidang media mingguan situasi Covid-19 di Brunei Darussalam, Dr Isham berkata, tiga kes lagi dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sepanjang minggu lepas, purata kes harian adalah sebanyak 1,370 sehari.…

Read More

Lawatan Seri Paduka ke Mindef

KUALA LUMPUR 4 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Kementerian Pertahanan (Mindef) di sini bagi lawatan rasmi. Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang serta panglima-panglima perkhidmatan dan pengurusan tertinggi Mindef. Nyanyian lagu Negaraku kemudian dialunkan Gabungan Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja sebelum Seri Paduka menerima Tabik Hormat Diraja dan mencemar…

Read More

Presiden Halimah, Speaker Parlimen positif

SINGAPURA 4 Julai – Presiden Singapura Halimah Yacob diuji positif bagi Covid-19 dengan gejala ringan demam selesema. Berikutan itu, beliau memohon maaf kerana terpaksa melepaskan acara-acara pada minggu ini. “Mujur, saya sudahpun divaksin dan mendapatkan dos penggalak. Saya berharap dapat pulih segera,” tulisnya dalam satu catatan Facebook. Halimah menyertai acara NUS Bukit Timah Homecoming pada Sabtu, di mana beliau memperingati ulang tahun ke-65 Fakulti Undang-undang universiti itu dengan satu upacara memotong kek. Beliau juga merasmikan perbarisan Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), di mana beliau memeriksa kontinjen Kawalan Kehormat dan menyampaikan…

Read More

Kerja empat hari belum sesuai

PUTRAJAYA 4 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendapat waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini. Presidennya Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan. Katanya, tumpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga pekerja berbanding mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan buat masa kini. “Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sudah tentu perkara berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta kebajikan warga penjawat…

Read More

Gempur premis bungkus semula minyak

PUTRAJAYA 4 Julai – Kerajaan akan melaksanakan pengauditan dan pemutihan secara komprehensif membabitkan 22 pengeluar serta 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara. Justeru, pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah ‘menggempur’ dari peringkat kilang pembungkusan sehingga ke sempadan negara untuk memastikan tiada penyelewengan berlaku. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan mendapatkan status sebenar jumlah minyak masak paket daripada syarikat pengeluaran dan pembungkusan serta maklumat lengkap penerima minyak masak…

Read More

Rodziah Ismail tewas Ketua Wanita PKR

PETALING JAYA 4 Julai – Rafizi Ramli kekal memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi berlaku ‘perubahan’ bagi jawatan Ketua Wanita pada Pemilihan PKR 2022. Ketua Wanita PKR Selangor, Rodziah Ismail, yang sebelum ini dilapor memenangi jawatan Ketua Wanita peringkat pusat, diumumkan tewas kepada Senator Fadhlina Sidek, hari ini. Berdasarkan keputusan yang diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Fadhlina memperoleh 18,923 undi berbanding Rodziah dengan 18,891 undi, iaitu perbezaan 32 undi. Keputusan akhir Pemilihan PKR 2022 yang disiarkan menerusi laman web https:\\pemilihankeadilan2022.com menyaksikan Anwar Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden tanpa bertanding, manakala Rafizi Ramli…

Read More

NPRA batal notifikasi 4 produk

PUTRAJAYA 4 Julai – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi empat produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah BL Skincare Day Cream 1 yang dikesan mengandungi hidrokuinon dan tretinoin, manakala Biela Beauty Glowing Night Cream, BL Skincare Day Cream 2 dan BL Skincare Night Cream masing-masing dikesan mengandungi merkuri. “Notifikasi produk kosmetik terbabit dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Dr Noor Hisham menasihatkan…

Read More