MyPPP berhasrat dapatkan kerusi

ALOR GAJAH 13 Sept. – Parti Progresif Penduduk (MyPPP) menyampaikan hasrat kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16, kata Presidennya, Dr Loga Bala Mohan. Beliau bagaimanapun berkata parti itu tidak menetapkan mana-mana kerusi secara khusus untuk ditandingi sebaliknya menyerahkan kepada pertimbangan BN berdasarkan kesesuaian kawasan dan perubahan geopolitik semasa. “PPP pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana pada 2013, namun selepas masalah dalaman parti pada 2018 kita tidak mendapat kerusi. Sekarang kita sedang memohon supaya diberikan…

Read More

Pas tumpu 126 kerusi Parlimen

SEPANG 13 Sept. – Jentera pilihan raya Pas dan Perikatan Nasional (PN) memberikan tumpuan kepada sekurang-kurangnya 126 kerusi Parlimen yang berpotensi tinggi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ketua Penerangan PN,  Annuar Musa, berkata jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk kerusi Parlimen di Sarawak. Katanya, walaupun Pas tidak semestinya bertanding di semua 126 kerusi itu namun, parti berkenaan tetap bersedia memberikan sokongan dan membantu rakan sealiran yang bertanding di kawasan terbabit. “Meskipun tidak semestinya Pas bertanding di semua 126 kerusi, namun menjadi prinsip dan amalan Pas untuk membantu rakan…

Read More

Kajian semula tertakluk pindaan perlembagaan

PUTRAJAYA 13 Sept.  – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusinya, Ramlan Harun. Katanya, penambahan kerusi Parlimen itu kelak turut mengambil kira Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu dengan prinsip bahawa nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak turut ditingkatkan daripada kedudukan semasa. “Dalam konteks persempadanan Bahagian Pilihan Raya di ketiga-tiga unit kajian itu pula, SPR akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata SPR mengambil maklum kenyataan…

Read More

Houthi dakwa lancar serangan

SANAA: Pejuang Houthi di Yaman mendakwa melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke pangkalan tentera Sharurah, selatan Arab Saudi menyasarkan depot senjata serta pusat arahan dan kawalan yang menguruskan pencerobohan terhadap negara dan rakyat mereka. Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, melalui hantarannya di X bagaimanapun, tidak menyatakan tarikh operasi berkenaan, ketika pertempuran antara Houthi yang bersekutu dengan Iran dan pasukan kerajaan Yaman yang mendapat sokongan Riyadh semakin meningkat minggu ini. Pada Sabtu, pasukan kerajaan mendakwa melancarkan serangan terhadap pejuang Houthi di bandar Mocha di pesisir Laut Merah, sebelum menyerang beberapa…

Read More