11 kampung di Baling terjejas banjir

BALING 4 Julai – Sekurang-kurangnya 11 kampung berhampiran Sungai Kupang terjejas akibat banjir yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Berikutan itu, pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa yang terperangkap .

Kampung terlibat termasuk Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.

Setakat malam ini bomba telah memindahkan 55 mangsa yang terperangkap ke tempat selamat dan operasi pemindahan masih dijalankan sehingga kini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata,  tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Iboi, PPS Sheik Sheh dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Banjir melanda selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak pukul 2 petang tadi.

Ia turut menyebabkan Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk berdekatan tebing.

Related posts

Leave a Comment