1,691 kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 4 Julai – Brunei Darussalam merekodkan 1,691 kes baharu dalam tempoh 24 jam, dengan jumlah kes sembuh pula 1,091 menjadikan jumlah keseluruhan 164,116 pesakit telah pulih.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat tiga kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bercakap pada sidang media mingguan situasi Covid-19 di Brunei Darussalam, Dr Isham berkata, tiga kes lagi dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sepanjang minggu lepas, purata kes harian adalah sebanyak 1,370 sehari.

Mengenai program vaksinasi, beliau memberitahu, sebanyak 73.3 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 2.9 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 75.7 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua dis manakala 50.2 peratus remaja 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment