5,946 kes baharu Singapura

SINGAPURA 4 Julai –  Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 5,946 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 5,700 jangkitan tempatan dan 246 ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,473,180 kes dengan satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,419 orang meninggal dunia.

Sebanyak 5,451 kes diletakkan di bawah Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 5,232 kes tempatan dan 219 kes import manakala 495‬‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR yang meliputi 468 jangkitan tempatan, dan 27 kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.45, turun berbanding 1.51 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Ini bermakna (kadar melebihi 1) jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Sementara itu sebanyak 631 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 582 semalam di mana 74 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 14 dipantau rapi di ICU manakala 8,825 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment