Tok Mun meninggal dunia

KUALA TERENGGANU 3 Julai – Tok Mun, calon pilihan raya umum tertua yang pernah menceriakan politik negara, meninggal dunia hari ini. Tok Mun atau nama sebenar, Maimun Yusuf, 103 tahun yang menghidap kanser, masalah hati dan buah pinggang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Atas Tol, di sini, pukul 3.30 petang, hari ini. Cucu arwah, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, berkata kematian Tok Mun disedari anak saudaranya, Meriam Mamat, 72, ketika menghantar makanan petang tadi. “Terkejut dengan keadaan itu, ibu saudara kemudian segera memberitahu suaminya sebelum kami semua datang untuk…

Read More

Logo : Pas belum buat keputusan

MARANG 3 Julai- Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  parti itu pernah menggunakan logo berkenaan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka walaupun calon berkenaan daripada parti Pas. Katanya, bagi menghadapi PRU15 nanti, rundingan penggunaan logo akan terus dilakukan sehingga mencapai satu kata putus. “Belum muktamad (penggunaan logo PN), itu pandangan, itu  cadangan daripada beberapa pihak tetapi parti belum membuat keputusan. Maka parti akan bincang…

Read More

PH belum muktamad kerusi

IPOH 3 Julai – Pakatan Harapan (PH) belum memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk kerusi yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut akan dibincangkan bersama-sama parti komponen dalam PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. “Kita dalam proses untuk pengagihan kerusi tersebut, sampai masanya kita akan umumkan berapa jumlah yang diperolehi oleh parti politik komponen,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Perak di sini hari ini. Ketika ditanya pemberita sama ada PH mempunyai peluang…

Read More

Tuntutan jawatan TPM tidak wajar

KUALA LUMPUR 3 Julai – Tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menambah lagi menteri baharu tidak sepatutnya timbul dalam tempoh sukar ketika ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berpandangan anggota Kabinet sepatutnya bersolidariti dengan rakyat yang sedang kesempitan, dengan memotong elaun menteri, timbalan menteri, pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan duta khas bertaraf menteri. “Ini bukan masanya untuk menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri ataupun menambah lagi menteri baharu, cukuplah yang ada sekarang dengan rekod jumlah menteri terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau…

Read More

TPM : Tidak perlu layan Muhyiddin

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kerajaan digesa tidak melayan tuntutan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang menuntut lantikan Timbalan Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) dan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menegaskan tuntutan Muhyiddin itu bukan keutamaan ketika ini memandangkan pentadbiran semasa hanya boleh bertahan maksimum setahun lagi, sebelum ia perlu dibubarkan. Sebaliknya, Najib menggesa kerajaan memberi fokus sepenuhnya pada usaha memulihkan ekonomi dan mengawal inflasi, berbanding mendahulukan pengagihan jawatan politik dan penubuhan majlis. “Adakah prioriti negara ketika ini untuk lantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri baharu, pelbagai…

Read More

Kes pertama di Wisconsin, AS

WISCONSIN: Kes pertama cacar monyet dilaporkan di negeri ini membabitkan seorang penduduk di Dane County yang dijangkiti virus itu. Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Wisconsin, memaklumkan kes itu dikenal pasti pada 30 Jun lalu dan pesakit kini diasingkan dan risikonya kekal rendah untuk orang awam. Setakat ini, terdapat sebanyak 396 kes cacar monyet dan orthopoxvirus yang disahkan di Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh wabak itu Menurut Ketua Pegawai Perubatan, Dr Ryan Westergaard, jumlah kes cacar monyet terus meningkat di AS dan tidak mengejutkan penyakit itu dikesan di Wisconsin. “Walaupun berkemungkinan kes tambahan…

Read More