Kenaikan 23 peratus minggu ke minggu

SINGAPURA 21 Jun – Singapura menyaksikan kenaikan 23 peratus dari minggu ke minggu bagi jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan media malam ini. Menurut MoH, kenaikan itu sebahagian besarnya disebabkan penularan semakin meluas jujukan varian baharu Omicron, iaitu BA.4 dan BA.5. Walaupun jujukan varian BA.2 masih menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan Covid-19 di Singapura, MoH menyatakan jumlah jangkitan BA.4 dan BA.5 semakin meningkat. Sekitar 30 peratus kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat sepanjang minggu lalu adalah kes dengan jujukan varian BA.4 dan BA.5. berbanding 17…

Read More

Singapura catat 7,109 kes baharu

SINGAPURA 21 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 di Singapura menunjukkan peningkatan apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,109 kes baharu  setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 6,393 jangkitan tempatan dan 716 ‬‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,378,090 orang dan tiada kematian baharu direkodkan dengan jumlah kematian kekal 1,405 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,607 kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 5,941 kes…

Read More

Jalan pintas elak terowong

IPOH 21 Jun – Kerajaan secara prinsipnya, sudah meluluskan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat sini. Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof, berkata bagaimanapun pihak syarikat dicadangkan perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). “Memang cadangan sebenarnya sudah dibentangkan kepada kementerian, kita ada bawa ke Kabinet dan secara prinsipnya sudah diluluskan. “Apabila diluluskan secara prinsip, pihak syarikat perlu mematuhi semua prasyarat yang diletakkan oleh LLM dan juga kerajaan,” katanya. Beliau berkata…

Read More

Thailand catat kes harian rendah

BANGKOK 21 Jun – Thailand merekodkan 1,714 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, berbanding 1,784 yang dilaporkan semalam dan merupakan jumlah kes harian terendah sejak 10 Mei 2021. Daripada jumlah kes baharu itu, 1,711 adalah jangkitan tempatan manakala tiga lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,502,542. Sebanyak 21 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,506 orang meninggal dunia setakat ini sementara 2,137 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan 4,451,569 orang pulih. Setakat Isnin, sebanyak 20,467 mendapat rawatan Covid-19 termasuk 10,139 di hospital serta 1,045 di kemudahan hospital, atau 9,119 di…

Read More

753 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 21 Jun – Brunei Darussalam hari ini terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 753 kes baharu berbanding 751 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 156,610. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 744 kes adalah hasil Ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth dan sembilan kes hasil daripada 321 ujian makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 4,412 manakala 469 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 153,887 kes sembuh direkodkan sejak pandemik dikesan. Kenyataan itu juga memaklumkan satu…

Read More

Harga ayam dijangka melebihi RM8.90

ALOR SETAR 21 Jun – Penternak tempatan kini beroperasi pada tahap maksimum bagi mencapai semula keupayaan 106 peratus pengeluaran yang pernah dibuat sebelum ini, sehingga membolehkan ayam dieksport. Menteri Pertanian dan Industri Makanan,  Dr Ronald Kiandee, berkata pengeluaran maksimum diperlukan bagi memastikan kadar penggunaan antara 1.8 hingga dua juta sehari dapat distabilkan sebelum harga ayam diapungkanmengikut pasaran bermula 1 Julai. Harga ayam selepas ini bakal ditentukan pasaran dan dijangka melebihi RM8.90 sekilogram berikutan kerajaan turut menarik subsidi RM1.40 yang diberikan kepada penternak sebelum ini. “Jika keseluruhan ladang dan kilang dapat…

Read More

Subsidi minyak masak mansuh 1 Julai

PUTRAJAYA 21 Jun – Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alexander Nanta Linggi. Keputusan itu menyebabkan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan mengalami kenaikan. “Ini (pemansuhan subsidi) tidak termasuk yang RM2.50 dijual dalam polybag 1kg, itu diteruskan untuk semua warganegara dan pengguna, itu diteruskan. “Tetapi yang dimansuhkan subsidinya, saya sebutkan sekali lagi yang berbotol, yang diberi subsidi pada tahun lepas… sepatutnya secara sementara, mula-mula untuk tiga bulan…

Read More

HFMD catat penurunan 19.3 peratus

PUTRAJAYA 21 Jun – Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada Minggu Epidemiologi (ME) 24/2022 dari 12 Jun hingga Rabu lalu, mencatat penurunan sebanyak 19.3 peratus kepada 10,556 kes berbanding 13,077 jangkitan pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata trend angka mingguan kes HFMD menunjukkan penurunan sejak ME 22/2022 selepas ia mencapai kemuncak tertinggi pada ME 21/2022. Selangor menjadi penyumbang terbesar dengan merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 29,880 jangkitan (28.1 peratus) diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 11,687 kes (11.0 peratus), Perak (10,938 kes /…

Read More

PKR tolak kerjasama dengan Azmin

KUALA LUMPUR 21 Jun – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR semalam telah mengambil ketetapan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi laman Facebooknya menjelaskan, keputusan itu dibuat memandangkan  Azmin dianggap sebagai antara punca ‘Langkah Sheraton’, yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini. “MPP juga memutuskan bahawa PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, yang dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’,” jelas beliau. Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa…

Read More