753 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 21 Jun – Brunei Darussalam hari ini terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 753 kes baharu berbanding 751 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 156,610.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 744 kes adalah hasil Ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth dan sembilan kes hasil daripada 321 ujian makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 4,412 manakala 469 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 153,887 kes sembuh direkodkan sejak pandemik dikesan.

Kenyataan itu juga memaklumkan satu kes di dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

 Mengenai vaksinasi, sebanyak 85.0 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dos pertama dan 71.9 peratus mendapatkan dos kedua manakala 72.4 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan dos ketiga vaksin.

Related posts

Leave a Comment