Thailand catat kes harian rendah

BANGKOK 21 Jun – Thailand merekodkan 1,714 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, berbanding 1,784 yang dilaporkan semalam dan merupakan jumlah kes harian terendah sejak 10 Mei 2021.

Daripada jumlah kes baharu itu, 1,711 adalah jangkitan tempatan manakala tiga lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,502,542.

Sebanyak 21 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 30,506 orang meninggal dunia setakat ini sementara 2,137 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan 4,451,569 orang pulih.

Setakat Isnin, sebanyak 20,467 mendapat rawatan Covid-19 termasuk 10,139 di hospital serta 1,045 di kemudahan hospital, atau 9,119 di pusat pengasingan masyarakat dan rumah.

Sebanyak 631 dalam keadaan kritikal dan 295 bergantung kepada bantuan ventilator.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 139,174,365 telah mendapatkan vaksinasi di mana 81.8 peratus penduduk mendapat sekurang-kurangnya satu dos, 76.2 peratus sekurang-kurangnya dua dos dan 42.0 peratus satu dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment