Kes harian meningkat di Brunei

BERAKAS 13 Jun – Sebanyak 518 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini iaitu 513 kes hasil ujian ART dan lima kes hasil dari 643 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Menteri Kesihatan, Dr.  Md. Isham Jaafar berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah sebanyak 153,611 kes. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) petang ini, beliau memberitahu, satu kes  dikategorikan dalam Kategori 5 iaitu yang memerlukan rawatan di…

Read More

Thailand catat penurunan kes harian

BANGKOK 13 Jun – Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 1,801 kes, terendah sejak 4 Mei 2021 manakala jumlah kematian pula 15 orang, angka terendah sejak 7 Februari lalu. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,486,664 manakala 30,349 orang pula meninggal dunia. Bagaimanapun jumlah kes harian yang direkodkan hari ini tidak termasuk sejumlah 1,984 kes kes positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 3,785 kes. Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 21,786 orang mendapatkan rawatan…

Read More

Jokowi hargai atlet Sukan SEA

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo bangga dengan pencapaian atlet yang mewakili negara itu dalam Sukan SEA Vietnam ke-31 pada 12 hingga 23 Mei lalu. Daripada 499 atlet, 408 memperoleh 69 emas, 91 perak dan 81 pingat gangsa. Pungutan pingat tempat ketiga Indonesia turut meningkat daripada penyertaan Indonesia dalam Sukan SEA sebelum ini. “Hari ini, saya menerima pulangan atlet di Istana Merdeka, serta menyampaikan bonus sebagai bentuk penghargaan dan kebanggaan atas pencapaian mereka,” kata Jokowi melalui Facebooknya. Jokowi berharap kejayaan itu memberi inspirasi dan motivasi kepada atlet lain untuk mencapai kejayaan dan…

Read More

Bersatu tidak bincang kedudukan PM

TAMBUN 13 Jun – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kata Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu Sebaliknya, mesyuarat itu, membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihan raya di samping masalah kos sara hidup,  harga makanan yang tinggi serta mencari jalan bagaimana hendak membantu kerajaan menangani masalah rakyat. “Kami (Bersatu) tak ada bincang tentang kedudukan Perdana Menteri… kami menyokong Perdana Menteri sedia ada dan kami mahukan satu kerajaan yang stabil yang boleh memberi fokus kepada masalah rakyat, bukannya kepada masalah peribadi, bukan…

Read More

PH terbuka berunding hadapi PRU

PARIT BUNTAR 13 Jun – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan parti lain bawah ‘khemah besar’ tanpa sebarang paksaan untuk menyertai konsep itu, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub. Beliau berkata, inisiatif politik itu bertujuan mengukuhkan gabungan terbabit dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Konsep ‘khemah besar’ ini dikhaskan kepada parti-parti yang mahu menyertainya bagi memastikan matlamat satu lawan satu dapat direalisasikan pada PRU15 nanti. Jika ada yang bersetuju dengan tawaran dibuat dan tanpa apa-apa syarat, maka boleh bersama-sama kita. Jika tidak bersetuju, kita mengucapkan terima…

Read More

Zafrul ‘poster boy’ BN Selangor?

SUNGAI BESAR 13 Jun – UMNO Bahagian Sungai Besar mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadikan ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketuanya,  Jamal Md Yunos, berkata parti itu memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkalibar dan diyakini rakyat yang mampu menawarkan perubahan luar biasa di Selangor, lebih-lebih lagi dalam kalangan menteri Kabinet. Mengambil contoh kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, beliau berkata, kemenangan di Melaka dan Johor itu membuktikan calon baharu, segar dan bebas kontroversi menjadi pilihan…

Read More

Rapat saf tanpa ikut sejadah

JOHOR BAHRU 13 Jun – Mulai hari ini, saf solat berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri ini dirapatkan, bukan lagi mengikut saiz sejadah, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid. Bagaimanapun katanya, jemaah masih digalakkan membawa sejadah sendiri dan tidak digalakkan bersalaman, manakala pemakaian pelitup muka dikekalkan. Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti kelas pengajian takmir, subuh dan dhuha, majlis zikir dan seumpamanya juga dibenarkan, begitu juga aktiviti memasak dan jamuan dalam kawasan masjid serta surau termasuk aktiviti bermalam. “Tiada pemeriksaan suhu badan dan…

Read More

390,000 mohon isi 150,000 slot haji

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerima permohonan lebih dari 390,000 penduduk tempatan dan ekspatriat yang tinggal di negara itu untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Hesham Saeed, berkata pendaftaran permohonan telah ditutup dan nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi. Difahamkan, nama-nama yang berjaya akan diumumkan pada hari Rabu ini dan dianggarkan 150,000 orang akan dipilih. Beliau berkata, pemilihan calon akan dilakukan secara e-cabutan dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji sebelum ini. “Proses pengasingan dan e-cabutan…

Read More

Tinjauan awam hukuman mati mandatori

PUTRAJAYA 13 Jun – Kerajaan akan mengadakan tinjauan awam untuk mendapatkan pandangan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, tinjauan awam itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebelum usul pindaan dibentangkan pada Oktober ini dan sasaran dimansuhkan sepenuhnya mulai Januari tahun depan. “Ini sama macam kita buat dengan Akta Anti-Lompat Parti yang kita peroleh respon sebanyak lebih 7,600, saya hendak cuba bentangkan pindaan ketika bulan pembentangan Bajet. Kita boleh selesaikan persoalan-persoalan pindaan dahulu dan bentangkan apa yang…

Read More