Thailand catat penurunan kes harian

BANGKOK 13 Jun – Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 1,801 kes, terendah sejak 4 Mei 2021 manakala jumlah kematian pula 15 orang, angka terendah sejak 7 Februari lalu.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,486,664 manakala 30,349 orang pula meninggal dunia.

Bagaimanapun jumlah kes harian yang direkodkan hari ini tidak termasuk sejumlah 1,984 kes kes positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 3,785 kes.

Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 21,786 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 12,035 di hospital sementara bakinya 1,953 di kemudahan fasiliti hospital, dan 7,617 di rumah atau pusat pengasingan.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 661 dalam keadaan serius dan 329 bergantung kepada bantuan ventilator.

Related posts

Leave a Comment