Perubahan hasil pemilihan PKR positif

KUALA LUMPUR 12 Jun – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyifatkan arus perubahan yang dilihat dalam pemilihan parti itu sebagai perkara yang positif. Beliau sudah menghubungi bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dilaporkan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, berdasarkan keputusan tidak rasmi. “Saya maklumkan akan buat kenyataan rasmi setelah Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) membuat pengumuman rasmi (keputusan pemilihan). “Saya dinasihatkan jangan buat apa-apa kenyataan yang menyinggung pemilihan buat masa ini. Tetapi, saya rasa pemilihan dan semangat perubahan itu sesuatu yang positif bagi parti,” katanya. Beliau berkata demikian…

Read More

Lebih 1.3 juta kunjungi PBAKL 2022

KUALA LUMPUR 12 Jun – Jumlah kehadiran di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 Ke-39 melepasi sasaran penganjur, apabila lebih 1.3 juta pengunjung direkodkan sepanjang 10 hari ia berlangsung. Menurut Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron, p sejumlah 1,363,757 pengunjung direkodkan menghadiri PBAKL sejak 3 Jun lalu sehingga pukul 4 petang ini. Jumlah itu jauh melepasi sasaran awal penganjur yang sebelum ini menjangkakan kehadiran sekitar 700,000 hingga sejuta pengunjung dalam tempoh berkenaan. Selain itu, katanya, pesta buku terbesar di Malaysia itu turut mendapat sambutan hangat…

Read More

Singapura catat 2,503 kes baharu

SINGAPURA 12 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,503 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 2,349 jangkitan tempatan dan 154 kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 1,341,256 manakala jumlah kematian kekal 1,397 selepas tiada kes baharu dilaporkan. Sebanyak 2,255 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah itu, 2,113 adalah kes tempatan dan 142 kes import…

Read More

Malaysia – Singapura perkukuh kerjasama

KUALA LUMPUR 12 Jun – Malaysia dan Singapura memperhalusi usaha ke arah memperkukuh kerjasama pertahanan terutama antara angkatan tentera kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Hishammuddin Hussein. Katanya, langkah itu adalah hasil mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Dr Ng Eng Hen semasa lawatan kerja selama tiga hari di Singapura bermula Jumaat lalu. “Selain itu, saya dan Ng turut berbincang mengenai beberapa isu keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, mesyuarat berkenaan diadakan sempena lawatan kerja itu bagi memenuhi jemputan ke Shangri-La Dialogue…

Read More

2,474 kes baharu Thailand

BANGKOK 12 Jun – Thailand hari ini merekodkan 2,474 kes baharu Covid-19 dan 20 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 2,501 kes dan 28 kematian yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,484,863 manakala jumlah kumulatif kematian pula 30,334 orang. Setakat semalam (Sabtu), sebanyak 22,330 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 12,130 di hospital sementara 4,236 kes dilaporkan sembuh Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 20 orang yang meninggal dunia berumur antara 41 hingga 95 dengan purata umur 75 yang kesemuanya melibatkan warganegara Thai. Sementara itu,…

Read More

Brunei Darussalam catat 381 kes

BERAKAS 12 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 381 kes baharu Covid-19 berbanding 392 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 153,093 kes sejak wabak itu dikesan. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 378 kes yang dilaporkan adalah hasil Ujian ART manakala tiga kes lagi hasil daripada 265 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes bagi kedua-dua kategori 4 dan 5. Beliau memberitahu , sebanyak 536  kes disahkan…

Read More

Andalusia sasar urus 60,000 jemaah

KUALA LUMPUR 12 Jun – Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menyasarkan untuk menguruskan kira-kira 60,000 jemaah haji dan umrah bagi musim 1444H dengan nilai jualan pakej mencecah RM300 juta. Pengarah yang juga Penasihat Undang-Undangnya, Ida Riswana Idris, berkata pihaknya yakin jumlah itu mampu dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak perjalanan umrah dibenarkan semula sejak Oktober lalu. Katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) umrah dari semasa ke semasa bagi memudahkan umat Islam beribadat di Tanah Suci menyebabkan permintaan luar jangkaan jemaah. Beliau berkata selepas hampir…

Read More

Penduduk bantah keganasan senjata api

WASHINGTON: Penduduk di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) mengadakan tunjuk perasaan menentang keganasan senjata api pada Sabtu selepas beberapa siri tembakan besar-besaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Selain di ibu negara AS, tunjuk perasaan juga berlaku di New York, Los Angeles, Chicago, Boston dan bandar-bandar lain. Tunjuk perasaan itu dianjurkan pertubuhan March For Our Lives, yang diasaskan pelajar yang terselamat daripada kejadian serangan beramai-ramai di sebuah sekolah di Parkland, Florida pada 2018. Tindakan itu susulan insiden tembakan terbaharu di sekolah rendah di Uvalde, Texas dan serangan bersenjata yang bersifat…

Read More

Subvarian Omicron ke Rusia

MOSCOW: Subvarian Covid-19 Omicron yang lebih mudah menular telah merebak di Rusia, denikian kenyataan pegawai kanan di badan pemerhati kesihatan kebangsaan Rospotrebnadzor. Ketua penyelidikan genom di Institut Penyelidikan Pusat Epidemiologi Rospotrebnadzor, Kamil Khafizov, memberitahu pemberita bahawa dua makmal kebangsaan telah menyerahkan sampel genom virus jenis BA.4 ke pangkalan data VGARus. Katanya, sampel diperoleh pada akhir Mei. Bagaimanapun,  subvarian BA.2 masih menyumbang 95 peratus daripada semua kes baharu di Rusia. Beberapa kajian yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan subvarian yang dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal. Pertubuhan…

Read More