2,474 kes baharu Thailand

BANGKOK 12 Jun – Thailand hari ini merekodkan 2,474 kes baharu Covid-19 dan 20 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 2,501 kes dan 28 kematian yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,484,863 manakala jumlah kumulatif kematian pula 30,334 orang.

Setakat semalam (Sabtu), sebanyak 22,330 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 12,130 di hospital sementara 4,236 kes dilaporkan sembuh

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 20 orang yang meninggal dunia berumur antara 41 hingga 95 dengan purata umur 75 yang kesemuanya melibatkan warganegara Thai.

Sementara itu, sebanyak 138.66 juta dos telah didaftarkan dan menurut kerajaan sebanyak 81.7 peratus daripada penduduk sudah menerima vaksin, 76.1 peratus sekurang-kurangnya dua dos, dan 41.5 peratus dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment