Brunei Darussalam catat 381 kes

BERAKAS 12 Jun  – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 381 kes baharu Covid-19 berbanding 392 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 153,093 kes sejak wabak itu dikesan.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 378 kes yang dilaporkan adalah hasil Ujian ART manakala tiga kes lagi hasil daripada 265 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes bagi kedua-dua kategori 4 dan 5.

Beliau memberitahu , sebanyak 536  kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 150,233 manakala jumlah kes aktif sebanyak 2,635  iaitu 17 kes

sedang dirawat di hospital, manakala 2,618 menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semalam sebanyak 229 dos pertama diberikan kepada  kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun menjadikan 83.9 peratus daripada kumpulan itu mendapat dos vaksin Covid-19 itu.

Sebanyak 836 kanak-kanak atau 67.5 peratus daripada kumpulan itu mendapat dos kedua  manakala 71.8 peratus daripada penduduk dewasa negara ini mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment