Subvarian Omicron ke Rusia

MOSCOW: Subvarian Covid-19 Omicron yang lebih mudah menular telah merebak di Rusia, denikian kenyataan pegawai kanan di badan pemerhati kesihatan kebangsaan Rospotrebnadzor.

Ketua penyelidikan genom di Institut Penyelidikan Pusat Epidemiologi Rospotrebnadzor, Kamil Khafizov, memberitahu pemberita bahawa dua makmal kebangsaan telah menyerahkan sampel genom virus jenis BA.4 ke pangkalan data VGARus.

Katanya, sampel diperoleh pada akhir Mei.

Bagaimanapun,  subvarian BA.2 masih menyumbang 95 peratus daripada semua kes baharu di Rusia.

Beberapa kajian yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan subvarian yang dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran bahawa Omicron BA.4 dan BA.5 mendorong peningkatan kes di negara dengan kadar pemberian vaksin rendah, meskipun subvarian BA.2 kekal dominan di seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment