Kes di Arab Saudi meningkat

RIYADH 8 Jun – Arab Saudi yang ketika ini sedang menyambut ketibaan jemaah haji mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 melebihi 1,000 kes apabila merekodkan 1,029 kes dalm tempoh 24 jam. Jumlah jangkitan harian itu adalah yang tertinggi buat pertama kali selepas 20 Februari 2022 di mana sebelum ini sekitar 500 kes baharu direkodkan sebelum meningkat kepada 600 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,163 orang. Jumlah keseluruhan kes pula setakat ini adalah 774,250 dengan jumlah kes aktif sebanyak 8,216 dan 92 kes…

Read More

3,602 kes baharu Singapura

SINGAPURA 8 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,602 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 3,393 jangkitan tempatan dan 209 kes import. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,329,225 dengan jumlah kematian kekal 1,394 selepas tiada kes baharu direkodkan. Sebanyak 3,232 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 3,044 kes tempatan dan 188 kes import manakala 370 lagi kes disahkan menerusi ujian…

Read More

Jokowi rasmi Masjid At-Taufiq

JAKARTA 8 Jun – Presiden Joko Widodo hari ini merasmikan Masjid At-Taufiq yang terletak di kawasan Lenteng Agung, Jakarta Selatan. Majlis perasmian ditandai dengan Jokowi memukul beduk yang  disaksikan oleh Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati Soekarnoputri. Masjid At-Taufiq, mengambil sempena nama Taufiq Kiemas yang juga suami mantan Presiden Indonesia Megawati. Pembinaan masjid itu bagi mengenang Taufiq yang meninggal dunia sembilan tahun lalu.

Read More

Brunei tutup sempadan hingga 15 Jun

KUCHING 8 Jun – Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini meliputi mereka yang masuk melalui pelabuhan darat dan laut, termasuk transit melalui Brunei. Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam kenyataan yang diedarkan kepada media Sarawak, hari ini menjelaskan, larangan itu dikecualikan bagi perjalanan masuk dan transit yang diluluskan oleh Kerajaan Brunei. “Kemasukan dan perjalanan transit melalui Brunei hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kenderaan Transit yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei dengan jaminan atau sokongan pihak berkuasa…

Read More

Brunei Darussalam catat peningkatan kes

BERAKAS 8 Jun  – Brunei Darussalam merekodkan peningkatan kes harian  Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 399 kes berbanding 380 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 151,560. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 394 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala lima kes lagi hasil daripada 269 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes bagi kategori 5 dan tiga kes direkodkan bagi Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah…

Read More

Layanan terbaik bagi jemaah haji

MADINAH: Pihak berkuasa Arab Saudi sedang berusaha gigih untuk memastikan layanan terbaik kepada semua jemaah haji tahun ini, kata Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Essam Al Thaqafi. Menurut laporan Arab News, di peringkat negara jemaah, Al Thaqafi berkata Kementerian Dalam Negeri Saudi mengembalikan semula program “Makkah Route” untuk memudahkan proses ketibaan para jemaah haji. Program itu melibatkan para jemaah haji Indonesia, Pakistan, Malaysia, Maghribi dan Bangladesh di mana ia memudahkan pemeriksaan imigresen para jemaah sejak dari keberangkatan mereka di negara-negara asal mereka. Sementara itu kumpulan terbesar jemaah haji kali…

Read More

Antiviral Paxlovid ke fasiliti swasta

PUTRAJAYA 8 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke fasiliti kesihatan swasta yang terpilih dalam waktu terdekat, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, ubat berkenaan sudah digunakan di fasiliti kesihatan KKM bagi merawat pesakit Covid-19 kategori dua dan tiga, sejak 15 April lalu. Setakat ini, katanya, seramai 1,364 pesakit Covid-19 sudah menerima rawatan menggunakan Paxlovid dan sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan sampingan teruk. “Rawatan ini terbukti selamat dan berkesan serta dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit Covid-19. Pemberian Paxlovid kepada pesakit di…

Read More

Diplomat Hungary Presiden UNGA

NEW YORK: Diplomat Hungary, Csaba Korosi dilantik sebagai presiden baharu sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Korosi dipilih sebulat suara pada sidang pleno Perhimpunan Agung susulan pencalonannya tidak dicabar mana-mana pihak. Beliau yang mula bertugas dengan Kementerian Luar Hungary pada 1983 akan memulakan tugas baharunya pada September 2022, menggantikan Presiden sekarang Abdulla Shahid dari Maldives. Korosi dalam ucapannya menyenaraikan lima keutamaan di bawah pimpinannya antaranya berpegang teguh pada prinsip asas Piagam PBB seperti membuat kemajuan yang ketara dalam transformasi kemampanan serta meningkatkan perpaduan bagi menangani krisis dihadapi dunia…

Read More

Marina Bay bermandi cahaya

SINGAPURA 8 Jun – Mulai 3 Jun lalu, kawasan Marina Bay kembali bermandikan cahaya berwarna-warni dengan 20 arca lampu hasil rekaan artis dari 14 negara sempena pesta seni i Light Singapore. Bertemakan “Spark of Light”, pesta tahun ini berharap dapat meningkatkan kesedaran para pengunjung supaya rasa terdorong mengamalkan tabiat-tabiat mesra alam dan merenung kembali hubungan mereka dengan alam sekitar. Sembilan daripada rekaan seni itu dihasilkan oleh para artis Singapura di mana kesemua arca dan rekaan tahun ini menggunakan lampu jimat tenaga dan bahan-bahan mesra alam. Orang ramai boleh menikmati keindahan…

Read More

Korea Selatan mansuh kuarantin

SEOUL: Korea Selatan menarik balik arahan kuarantin tujuh hari bagi semua ketibaan antarabangsa, dalam usaha negara itu kembali menjalani kehidupan normal susulan penurunan kes Covid-19. Bagaimanapun pelancong antarabangsa perlu mengambil ujian virus PCR dalam tempoh tiga hari selepas memasuki Korea Selatan serta menyerahkan keputusan negatif ujian PCR atau ujian antigen pantas sebelum menaiki penerbangan. Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan, negara itu merekodkan 13,358 jangkitan baharu Covid-19, termasuk 59 kes dari luar negara, menjadikan angka keseluruhan setakat ini mencecah 18,188,200. Setakat ini, seramai 44.6 juta, atau 86.9 peratus…

Read More