Kes di Arab Saudi meningkat

RIYADH 8 Jun – Arab Saudi yang ketika ini sedang menyambut ketibaan jemaah haji mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 melebihi 1,000 kes apabila merekodkan 1,029 kes dalm tempoh 24 jam.

Jumlah jangkitan harian itu adalah yang tertinggi buat pertama kali selepas 20 Februari 2022 di mana sebelum ini sekitar 500 kes baharu direkodkan sebelum meningkat kepada 600 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,163 orang.

Jumlah keseluruhan kes pula setakat ini adalah 774,250 dengan jumlah kes aktif sebanyak 8,216 dan 92 kes dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala 616 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 756,871 orang pulih.

Sementara itu jumlah vaksinasi yang didaftarkan sebanyak 66,230,743 atau lebih 96 peratus penduduk telah mendapar vaksin.

Related posts

Leave a Comment