3,602 kes baharu Singapura

SINGAPURA 8 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,602 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 3,393 jangkitan tempatan dan 209 kes import.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,329,225 dengan jumlah kematian kekal 1,394 selepas tiada kes baharu direkodkan.

Sebanyak 3,232 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 3,044 kes tempatan dan 188 kes import manakala 370 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 349 adalah jangkitan tempatan, manakala 21 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak  227 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 267 semalam (7 Jun) di mana 24 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, sembilan dipantau rapi di ICU manakala 2,383 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat 7 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment