Jokowi rasmi Masjid At-Taufiq

JAKARTA 8 Jun – Presiden Joko Widodo hari ini merasmikan Masjid At-Taufiq yang terletak di kawasan Lenteng Agung, Jakarta Selatan.

Majlis perasmian ditandai dengan Jokowi memukul beduk yang  disaksikan oleh Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati Soekarnoputri.

Masjid At-Taufiq, mengambil sempena nama Taufiq Kiemas yang juga suami mantan Presiden Indonesia Megawati.

Pembinaan masjid itu bagi mengenang Taufiq yang meninggal dunia sembilan tahun lalu.

Related posts

Leave a Comment