Korea Selatan mansuh kuarantin

SEOUL: Korea Selatan menarik balik arahan kuarantin tujuh hari bagi semua ketibaan antarabangsa, dalam usaha negara itu kembali menjalani kehidupan normal susulan penurunan kes Covid-19.

Bagaimanapun pelancong antarabangsa perlu mengambil ujian virus PCR dalam tempoh tiga hari selepas memasuki Korea Selatan serta menyerahkan keputusan negatif ujian PCR atau ujian antigen pantas sebelum menaiki penerbangan.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melaporkan, negara itu merekodkan 13,358 jangkitan baharu Covid-19, termasuk 59 kes dari luar negara, menjadikan angka keseluruhan setakat ini mencecah 18,188,200.

Setakat ini, seramai 44.6 juta, atau 86.9 peratus rakyatnya telah lengkap divaksin,  33.32 juta (64.9 peratus) menerima suntikan dos penggalak pertama dan

lebih 4.19 juta orang (8.2 peratus) mendapat suntikan penggalak dos kedua.

Bermula Jun, Korea Selatan menambah jumlah penerbangan antarabangsa kepada 732 berbanding 532 pada Mei susulan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon kembali normal serta permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat.

Related posts

Leave a Comment