134 kes varian Omicron di Singapura

SINGAPURA 29 Dis. – Sebanyak 134 kes varian Omicron disahkan di Singapura semalam iaitu  40 daripadanya adalah jangkitan dalam masyarakat manakala 94 lagi adalah kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 365 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari semalam berbanding 280 pada Isnin dan 209 (Ahad) dengan jumlah kematian kekal 825 orang.

Sebanyak 191 kes baharu dalam masyarakat, satu kes baharu di asrama pekerja asing dan 173 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 278,409.

Sementara itu, seramai 303 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding 363 sebelumnya di mana 43 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam kes dipantau rapi di ICU dan 17 sakit tenat di ICU.

Mengenai vaksinasi, setakat Selasa, sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak – iaitu mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas – sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Secara keseluruhan, 87 peratus lengkap divaksin dua dos, 88 peratus menerima satu dos dan 38 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment